Berita Menarik

(Ura-Ura) Samsung Galaxy Note 8 Tidak Akan Mempunyai Pengimbas Jari Terbina Pada Skrin

Pembaca : 8
0 0

Sistem pengimbas cap jari terbina pada permukaan skrin adalah evolusi seterusnya dalam rekaan peranti mudah alih. Teknologi ini telahpun dihasilkan oleh firma CrucialTec yang menerima suntikan dana dari Samsung. Laporan dari media Korea Selatan kini mengatakan teknologi ini masih belum matang dan akibatkan Galaxy Note 8 tidak akan menggunakannya apabila dilancarkan kelak.

Laman News1 Korea Selatan memetik kenyataan seorang kakitangan Samsung yang menyatakan teknologi telah diuji tetapi didapati tidak berjaya mengatasi pelbagai batasan teknikal seperti keselamatan.

Masalah integrasi pengimbas nadi pada skrin menyebabkan Galaxy S8 dan S8+ terpaksa meletakkan pengimbas pada bahagian belakang. Rekaan ini menerima kritikan kerana tidak mesra pengguna. Samsung tidak keseorangan dalam menghadapi masalah ini. iPhone 8 yang dijangka hadir tahun ini turut dilaporkan bermasalah dengan TouchID pada skrin.

Buat masa ini ia berita ini masih dianggap ura-ura. Samsung mempunyai masa sehingga Oktober sebelum Note 8 dipercayai akan dilancarkan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.