Ursa Mini Pro 12K Merakam Video Pada Resolusi 12K Atau 8K 110FPS

Tahun ini kita akhirnya melihat telefon pintar yang mampu merakam video pada resolusi 8K 30FPS dipasarkan. Tetapi teknologi rakaman video pada telefon pintar adalah sentiasa di belakang teknologi kamera video sebenar. Ini dibuktikan sekali lagi apabila Blackmagic melancarkan Ursa Mini Pro 12K yang boleh merakam bukan sahaja pada resolusi 12K 30FPS tetapi juga 8K 110FPS.

Sensor Super 35 merakam video pada resolusi maksimum 12,288 x 6,480 12K yang bersamaan dengan satu imej sebesar 80 megapixel setiap saat. Lensa CF Mount yang digunakan turut boleh menyokong lensa Canon EF and Nikon F.

Dengan sensor yang amat besar ini, imej video 8K,6K dan 4K yang lebih tajam boleh dirakam menerusi proses downsampling.  Satu lagi kelebihan merakam video pada resolusi 12K ialah penyunting boleh mengambil visual dari video dan kemudian diterbitkan ke resolusi lebih rendah tanpa kehilangan kualiti.

Kad memori yang disokong ialah CFast dan UHS-II. Sekiranya ini masih lagi belum mencukupi, storan SSD tambahan boleh disambung menerusi port USB-C SuperSpeed. Di Amerika Syarikat sebuah Blackmagic Ursa Mini Pro 12K dijual pada harga $9,995 (~RM 42,619) sebuah lengkap dengan perisian suntingan DaVinci Resolve. Perisian ini diperlukan kerana ia satu-satunya yang boleh melakukan suntingan video 12K yang dirakam dengan lancar.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*