Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech selamat tiba di Malaysia hujung minggu lalu dengan program vaksinasi akan dimulakan lebih awal pada 24 Februari. Proses rantaian beku vaksin ini adalah amat kritikan kerana perlu disimpan pada suhu -70°C sepanjang masa untuk memastikan keutuhan masa panjang. Tetapi hari ini, Pfizer mengumumkan vaksin mereka boleh disimpan pada suhu yang lebih tinggi.

Vaksin boleh disimpan dengan selamat sehingga 2 minggu sekiranya disimpan di dalam peti sejuk bersuhu -15 °C. Ini ialah suhu standard kebanyakan sistem penyejuk yang boleh ditemui di hospital. Sebelum ini sistem penyejuk -80°C to -70°C  diperlukan bagi memastikan vaksin mereka selamat disimpan sehingga 6 bulan. Maklumat suhu lebih tinggi ini dilaporkan Pfizer kepada badan FDA Amerika Syarikat selepas melihat data sepanjang proses vaksinasi yang telah dimulakan di negara tersebut.

Bagi negara yang menggunakan vaksin ini di Malaysia, lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) boleh dibuka kerana keperluan peti sejuk suhu ultra rendah tidak diperlukan untuk penyimpanan jangka pendek.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.