Vape Membunuh Mangsa Pertama di Amerika Syarikat

NEW YORK: Akhbar Washington Post melaporkan seorang pesakit meninggal dunia selepas mengalami gangguan pernafasan yang teruk akibat terlalu kerap menghisap rokok elektronik (e-cigarette) yang turut dikenali sebagai vape. Laporan ini merupakan kes kematian pertama yang berpunca dari peranti rokok elektronik tersebut di Amerika Syarikat

Akkbar itu melaporkan, kes direkodkan ketika pakar melakukan siasatan ke atas beberapa insiden penyakit misteri yang menyerang paru-paru sejumlah pesakit di AS yang merupakan pengguna rokok elektronik.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) merekodkan sebanyak 193 kes berpotensi di 22 negeri di AS antara 28 Jun hingga 20 Ogos tahun ini.

Pakar CDC mendedahkan, kebanyakan kes berkenaan membabitkan vape mengandungi tetrahydrocannabinol (THC), unsur aktif utama dalam dadah jenis ganja.

“Mangsa yang meninggal dunia dimasukkan ke hospital akibat penyakit misteri setelah menghisap rokok elektronik,” kata Ketua Pegawai Perubatan Illinois, Dr. Jennifer Layden.

Punca sakit misteri yang dialami mangsa gagal dikenalpasti namun berkait rapat dengan penggunaan rokok elektronik.

Ketua Bahagian Penyakit Tidak Berjangkit CDC, Dr. Ileana Arias berkata, dalam kebanyakan kes, pesakit dikesan menghisap rokok elektronik yang mengandungi THC.

Mereka yang terkesan mengalami gejala seperti batuk, sesak nafas, keletihan, muntah-muntah dan cirit-birit namun tiada sebarang bakteria atau virus yang dikesan.

Daripada semua kes yang dicatatkan, 22 daripadanya berlaku di Illinois melibatkan pesakit yang berumur antara 17 hingga 38 tahun.

Sementara itu, pihak berkuasa mengarahkan agar kajian makmal dilakukan terhadap cecair yang terkandung dalam rokok elektronik terlibat untuk mengesan sebarang bahan berbahaya.

Pasaran gelap bagi penjuala rokok elektronik mengandungi THC secara haram wujud di beberapa negeri di AS.

Sumber-Washington Post

781total visits,794visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.