Video Acah Siri Huawei Mate40 Pula Tertiris – Mungkin Sokong Skrin 90Hz

Rekaan kamera utama siri Huawei Mate40 telah tertiris sebelum ini menerusi sebuah poster acah yang dikongsi di laman Weibo. Ia mengesahkan bahawa peranti terbaru ini bakal hadir dengan rekaan persegi dan tidak berbentuk bulat seperti yang terdapat pada siri Huawei Mate30 sebelum ini.

Dalam perkembangan terkini, video acah pertama untuk peranti ini pula telah mula dikongsi. Menerusinya, ia memperlihatkan peranti ini bakal menjanjikan pengalaman penggunaan yang pantas dan lancar. Selain, turut memberi bayangan ianya berkemungkinan menyokong skrin dengan kadar segar semula 90Hz. Ia dapat lihat menerusi animasi nombor yang diperlihatkan pada bahagian bawah video tersebut.

Namun begitu, ia hanya sekadar spekulasi awal sahaja. Tetapi jika ianya benar, kita dapat lihat model terbaru ini bakal meneruskan penawaran yang dibawa oleh Huawei P40 Pro dan P40 Pro+ sebelum ini. Seperti biasa, untuk ketahui lebih lanjut. Nantikan pelancaran rasmi kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*