TechSemut Malaysia

ViewQwest Menawarkan Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi Bermula RM148 Untuk 100Mbps

ViewQwest Menawarkan Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi Bermula RM148 Untuk 100Mbps

ViewQwest Menawarkan Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi Bermula RM148 Untuk 100Mbps
November 13
03:31 2017

ViewQwest merupakan salah satu penyedia perkhidmatan internet di Malaysia – dan telah mula beroperasi sejak 2016 yang lepas. Pada awalnya, ViewQwest menawarkan sokongan talian internet untuk perusahaan sahaja – tetapi kini dilihat telah turut menawarkan penawaran mereka untuk pengguna perumahan.

Daripada laman rasmi ViewQwest, perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi untuk perumahan ini dilihat hanya ditawarkan di sekitar Setia Eco Glades di Cyberjaya sahaja buat masa ini, dan mungkin diperluaskan secara berperingkat.

ViewQwest Rumah

Harga yang ditawarkan oleh ViewQwest adalah RM1 lebih rendah berbanding dengan TIME Broadband. ViewQwest menawarkan pelan:

  • 100Mbps pada harga RM148 sebulan
  • 300Mbps pada harga RM188 sebulan.
  • 500Mbps pada harga RM298 sebulan.

Setiap penawaran juga hadir dengan kontrak selama 20 bulan, dan menyertakan penghala daripada Asus, iaitu RT-AC 1200G+.

Untuk makluman, Setia Eco Glades telah dibangunkan dengan penyertaan rangkaian telekomunikasi terkini dibawah projek [email protected]. Melalui rangkaian yang disediakan, ia menawarkan kemampuan untuk sambungan internet mencapai 1Gbps dengan mudah di sana.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ViewQwest akan memperluaskan penawaran mereka di kawasan perumahan lain seluruh negara.

Layari : ViewQwest

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com