Viu merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular dengan sejumlah kandungan memfokuskan pasaran Asia. Hari ini, Viu mengumumkan kini mereka mempunyai seramai 45 juta pengguna aktif bulanan, dan 5.3 juta pengguna adalah pelanggan berbayar.

Dengan angka ini, Viu kini menjadi antara platform penstriman popular di rantau Asia Tenggara, serta menyaksikan peningkatan pelanggan berbayar sehingga 47% dari tahun ke tahun pada 2020.

Viu sedia terkenal dengan penawaran kandungan drama dan filem Korea, selain turut mempunyai penghasilan rancangan tersendiri di Indonesia, Malaysia, dan Thailand.

Untuk tahun 2021 ini, Viu merancang menawarkan sejumlah kandungan baharu dan terus menambah senarai kandungan yang boleh distrim melalui platform mereka.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.