Vivo Akan Melancarkan X9S dan X9S Plus Pada Bulan Hadapan

Vivo, syarikat yang baru sahaja melancarkan telefon pintar pertama dengan sensor cap jari yang tertanam di bawah paparan, tidak lama lagi akan melancarkan pengganti kepada telefon pintar X9nya.

Vivo telah bersedia untuk melancarkan telefon pintar X9s dan X9s Plus pada minggu hadapan, kerana syarikat itu telah mula menghantar undangan akhbar untuk pelancarannya pada 6 Julai di Beijing. Walaupun teaser pelancaran tidak mendedahkan banyak maklumat mengenai telefon pintar tersebut, imej dari Vivo itu menunjukkan bahawa Vivo X9s mungkin membawa beberapa elemen reka bentuk yang sama dari X9.

Setakat ini, tidak banyak mengenai spesifikasi Vivo X9S yang diketahui. Tetapi baru-baru ini, telefon pintar Vivo X9s Plus, telah melepasi pensijilan frekuensi radio Kementerian Perindustrian awal bulan lalu. Vivo X9s Plus akan mempunyai paparan 5.85 inci yang mempunyai paparan OLED HD dengan resolusi 1920 x 1080. Ia dikuasakan oleh pemproses okta 1.95 GHz dan ditambah pula dengan 4GB RAM. Ia menawarkan penyimpanan 64GB storan dalaman, 128 GB yang boleh disimpan melalui kad SD mikro, 2 kamera swafoto dengan 20 megapiksel dan 8 megapiksel dan kamera belakang 16 megapiksel.

Telefon dual SIM ini mengunakan sistem operasi Nougat Android 7.1.1 dan dikuasakan oleh bateri 3920 mAh. Pilihan konektiviti telefon pintar termasuk 4G-LTE dengan VoLTE, Bluetooth, WiFi, GPS / A-GPS dan port USB mikro. Dimensi telefon adalah 162.59 x 78.84 x 7.25 mm dan beratnya 170 g. Telefon ini mempunyai sensor graviti, sensor jarak, sensor cahaya ambien.

Oleh kerana maklumat ini adalah bukan dari sumber rasmi Vivo, kami akan menasihati anda untuk menunggu sehingga maklumat rasmi melalui Vivo sendiri untuk sebarang pengesahan.

sumber : http://techoais.com/

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.