Canalys sering hadir dengan laporan suku tahunan, dan terbaru mereka turut memperlihatkan laporan suku tahunan untuk rantau Asia Tenggara bagi tempoh suku tahun ke-4 2020 yang lepas.

Melalui data yang dikongsikan, Vivo dan Oppo menduduki tangga teratas dengan pegangan sebanyak 21%. Ia diikuti oleh Samsung pada tangga ketiga dengan pegangan 15%.

Realme yang serba baru menduduki tangga ke-4 dengan pegangan pasaran sebanyak 13%, dan Xiaomi pula pada tangga kelima dengan pegangan 12%.

Data yang dikeluarkan adalah meliputi untuk negara Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan juga Vietnam.

Dengan perkembangan ini, semestinya ramai kelak akan menantikan data untuk suku pertama 2021 ini, dan melihat sama ada Samsung akan mengatasi dan mendahului pasaran kembali atau sebaliknya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.