Pada hari ini, kita sedia melihat Huawei dan Xiaomi memperluaskan penawaran peranti mudah-alih yang meliputi tablet dan komputer riba. Terbaru, Vivo turut dilihat tidak ingin ketinggalan, dan telah membuat pendaftaran tanda dagang untuk produk yang dilihat seperti tablet dan komputer riba.

Daripada pendaftaran yang dilihat, tanda dagang yang didaftarkan adalah termasuk “VIVO BOOK”, “IQOO BOOK”, “NEX BOOK”, “IQOO PAD” dan juga “NEX PAD”.

Dengan sejumlah jenama yang memfokuskan kepada ekosistem tersendiri, tidak mengejutkan untuk melihat Vivo turut menyertai arena ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kejutan daripada pihak Vivo melalui penawaran komputer riba dan tablet mereka – dan apakah ciri khas yang akan dibawakan oleh Vivo untuk penawaran mereka kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.