TechSemut Malaysia

Vivo NEX Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 12 Jun – Hadir Dengan Tiga Versi

Vivo NEX Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 12 Jun – Hadir Dengan Tiga Versi

Vivo NEX Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 12 Jun – Hadir Dengan Tiga Versi
Jun 03
03:30 2018

Vivo NEX ialah peranti yang sebelum ini diperlihatkan sebagai telefon pintar prototaip Vivo Apex. Ia mempunyai peratusan permukaan skrin yang besar lengkap dengan sistem periskop untuk kamera swafotonya. Fungsi paling menarik NEX ialah sistem imbasan cap jari terbina dalam skrin. Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Jun ini di Shanghai.

Poster majlis pelancarannya telah disebarkan menerusi akaun media rasmi Vivo. Menerusi maklumat TENAA dan 3C, tiga model NEX bakal dilancarkan. Vivo NEX ialah model yang diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 845 dipercayai untuk pasaran Global. Vivo NEX A pula adalah model untuk pasaran China. Akhir sekali ialah Vivo NEX S yang diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 710 dan harga yang lebih mampu milik. Sama-sama kita nantikan pelancarannya dua minggu dari sekarang.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com