vivo S1 Pro Dengan Kamera Berbentuk Berlian Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Hanya RM1199

vivo S1 Pro adalah peranti kedua vivo di Malaysia dalam siri S. Siri ini mula diperkenalkan pada bulan Julai, namun yang terbaru ini adalah lebih pro. Spesifikasinya juga lebih hebat dengan janaan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 665 dan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Skrin adalah Super AMOLED bersaiz 6.38-inci dan mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin yang sepantas sesebuah peranti mercu.

Keunikan peranti ini adalah pada kameranya yang menggunakan tetapan kuad-kamera. Lensa-lensanya adalah 48MP + 8MP + 2MP+2MP. Manakala kamera swafoto pula adalah lensa 32MP. Setiap lensa mempunyai jenis berbeza, lensa utama, lensa ultra lebar, lensa untuk kedalaman dan lensa makro. Hari ini, vivo Malaysia telah melancarkan vivo S1 Pro secara rasmi di Malaysia. Harga jualan hanya RM1199 dan mempunyai pilihan warna Fancy Sky atau Knight Black. Jualan akan bermula pada 7 Disember dan pembeli terawal di Lazada akan menerima barangan bernilai RM199 secara percuma.

Baca Pandang Pertama vivo S1 Pro Di sini

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.