vivo V11 – Telefon Pintar Android Dengan Sokongan Pembantu Maya Jovi

Pada 13 September 2018 yang lalu, vivo telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu vivo V11 dan V11i. Dengan pelancaran telefon pintar ini, terdapat beberapa fungsi menarik, antaranya adalah sokongan kamera yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan dan sokongan pembantu maya Jovi.

Dengan sokongan pembantu maya ini, ia dilihat dapat memudahkan penggunaan harian seperti menyokong  untuk membuat ramalan cuaca, membuat navigasi, memainkan musik, video dan banyak lagi. Pengguna hanya perlu menyebut “Ok Google” untuk memulakan proses pencarian informasi mereka. Melalui sokongan ini, proses untuk pencarian maklumat menjadi lebih cepat dan mudah.

Telefon pintar model ini juga telah diintegrasikan degan teknologi daripada Google, iaitu Google Lens. Melalui fungsi ini, ia juga dapat memudahkan pengguna untuk menganalisa sesuatu gambar hasil daripada sokongan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) pada kameranya. Hasil gabungan fungsi Google Lens bersama sokongan kecerdasan buatan ini membolehkan pengguna untuk mendapatkan maklumat yang terperinci seperti mengenalpasti jenis spesies tumbuhan, dan maklumat tentang dimana sesuatu pakaian boleh dibeli.

Bagi anda yang berminat dengan telefon pintar keluaran vivo yang terbaru ini, ia boleh didapati pada harga RM1699 untuk vivo V11. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan yang skrin hadapan bersaiz 6.41 inci Super AMOLED dan bertakuk. Pada skrin V11 ini juga hadir dengan sokongan pengimbas cap jari yang terbina. Telefon pintar ini turut membawakan spesifikasi pertengahan yang premium kerana penggunaan cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM bersama saiz storan sebesar 128GB dan bateri berkapasiti 3400mAh. Kamera untuk model ini dilengkapi dengan sokongan dwi kamera gabungan 12MP dan 5MP dan kamera hadapan 25MP bersama fungsi kecerdasan buatan.

Untuk variasi V11i pula, ia boleh didapati pada harga yang sedikit rendah iaitu RM1299 kerana spesifikasi pertengahannya yang biasa dan sedikit rendah berbanding Vivo V11. Telefon pintar ini dijana dengan cip MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM bersama storan sebesar 128GB dan bateri berkapasiti 3315mAh. Rekaanya sedikit berbeza berbanding Vivo V11 di mana terdapat pengimbas cap jari pada bahagian belakang teleon pintar ini. Namun, dari segi sokongan kamera telefon pintar ini tidak mempunyai sebarang perbezaan dengan model V11.

Jadi, bagi anda yang inginkan telefon pintar Android dengan sokongan pembantu maya, siri telefon pintar vivo V11 adalah pilihan yang baik untuk anda. Di pasaran Malaysia, vivo V11 boleh didapati pada harga harga RM 1699 manakala vivo V11i pula dijual pada harga RM1299.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.