Vivo V11 | V11i Bakal Hadir Dengan Pilihan Warna Merah Jambu

Pada September yang lalu, Vivo telah melancarkan dua telefon pintar untuk siri V mereka, iaitu V11 dan V11i di pasaran tempatan. Telefon pintar ini hadir dengan janaan cip pemprosesan Snapdragon 660, memori 6GB RAM dan kapasiti storan 128GB. Peranti ini juga hadir dengan paparan skrin 6.41 inci bersama saiz takuk yang lebih kecil berbanding kebanyakkan telefon pintar lain.

Telefon pintar ini juga dilaporkan bakal hadir dengan pilihan warna yang baru iaitu Fairy Pink. Bagi keluaran sebelum ini, Vivo telah menawarkan dua pilihan warna menarik yang dinamakan Starry Night dan Nebula Fusion. Bagi edisi kali ini pula, ia kelihatan seperti Vivo cuba untuk menarik minat pengguna wanita yang lebih menggemarkan kemasan dan warna yang tampak lebih feminin. Pilihan warna merah jambu tidak pernah lagi dikeluarkan untuk mana-mana telefon pintar siri V. Jadi, sudah tentu edisi “Fairy Pink” ini akan menjadi suatu pengalaman yang istimewa buat semua pengguna wanita yang menggemari reka bentuk siri Vivo V11 ini

Buat masa sekarang, Vivo tidak menyatakan lagi tawaran harga dan spesifikasi untuk model ini. Ia berkemungkinan besar penawaran spesifikasi dan harga untuk telefon pintar dengan pilihan warna Fairy Pink ini sama seperti edisi sebelum ini iaitu RM 1699 bagi Vivo V11 dan RM1299 bagi Vivo V11i. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Facebook Vivo Malaysia atau layari laman web rasmi Vivo Malaysia.

Layari : Laman Rasmi Vivo

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.