TechSemut Malaysia

Vivo V5s Berharga RM1299 Di Malaysia – Telefon Selfie Dengan Kamera Hadapan 20-Megapixel

Vivo V5s Berharga RM1299 Di Malaysia – Telefon Selfie Dengan Kamera Hadapan 20-Megapixel

Vivo V5s Berharga RM1299 Di Malaysia – Telefon Selfie Dengan Kamera Hadapan 20-Megapixel
Mei 02
19:31 2017

Vivo Malaysia telah bergerak lebih agresif sejak Vivo V5 yang lepas, dimana mereka lebih banyak mengiklankan produk mereka, mempromosikan jenama, malah mengambil Siti Nurhaliza sebagai duta produk mereka. Terkini, lanjutan daripadanya, Vivo hari ini memperkenalkan telefon pintar Vivo V5s untuk pasaran tempatan.

Vivo V5s

Vivo V5s hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan MediaTek MT6750 lapan-teras, GPU Mali-T860, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan kepada 256GB melalui penggunaan kad mikro-SD.

Melengkapkan kamera yang memfokuskan selfie ini adalah kamera hadapan 20-megapixel yang dilengkapi sokongan pencahayaan, selain kamera belakang 13-megapixel.

Vivo V5s

Secara kasar, ia seperti sekadar membawakan penaik-tarafan spesifikasi untuk ruangan storan sahaja berbanding dengan Vivo V5 sebelum ini.

Di Malaysia, Vivo V5s ditawarkan pada harga RM1299 – iaitu sama seperti harga pengenalan Vivo V5 sebelum ini.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com