Berita Menarik

Vivo X20 Dan X20 Plus Dilancarkan – Rekaan FullView Display Dan Dwi-Kamera

Pembaca : 10
0 0

Peranti Vivo X20 dan X20 Plus dilancarkan di China semalam. Seperti beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini, kedua-dua X20 adalah Vivo V7+ dengan spesifikasi lebih tinggi dan dilengkapi dwi-kamera. Seperti pada V7+, kedua-duanya menggunakan rekaan hampir semua skrin FullView Display.

Kita mulakan dengan Vivo X20 terlebih dahulu. Ia dilengkapi skrin 6″ SAMOLED dengan resolusi 1080×2160 pixel, pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB dan storan 64GB. Bateri sebesar 3245 mAh memperkasakan peranti yang menggunakan Android 7.1.1. Kamera utama sebesar 24 (12+12)+5 Megapixel f/1.8 manakala kamera selfie pula sebesar 24-Megapixel (12+12) f/2.0. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Vivo X20 Plus pula dilengkapi skrin 6.43″ SAMOLED dengan resolusi 1080×2160 pixel dan bateri lebih besar 3905 mAh. Kesemua spesifikasi yang lain adalah sama dengan X20.

Pasti ada pembaca yang pelik dengan spesifikasi 24 (12+12) Megapixel pada kedua-dua peranti. Ini adalah kerana hanya sensor 12-Megapixel digunakan tetapi gambar yang diambil adalah sebesar 24-Megapixel selepas diproses menggunakan perisian.

Pada waktu yang sama perani ini turut dilengkapi cip audio Hi-Fi untuk menikmati audio berdefinisi tinggi serta sistem nyahkunci menggunakan wajah Face Wake.

Di China Vivo X20 dijual pada harga RMB 2988 (~RM 1901)  manakala X20 Plus pula dijual pada harga RMB 3498 (~RM 2226). Warna yang ditawarkan pula ialah emas, ros merah dan berwarna hitam.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.