Vivo X20 ialah peranti yang setakat ini hanya dilancarkan untuk pasaran Tanah Besar China. Berbeza dari V7+ yang kini dijual di Malaysia, X20 mempunyai spesifikasi yang lebih berkuasa seperti pemproses Snapdragon 660. Di China ia kini di  tawarkan dalam warna hitam dengan kemasan berwarna emas. Ini membuatkan peranti kelihatan lebih bergaya dan premium berbanding model biasa

Tiada perubahan spesifikasi diberikan. Vivo X20 masih lagi  dilengkapi skrin 6″ SAMOLED dengan resolusi 1080×2160 pixel, pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB dan storan 128GB. Bateri sebesar 3245 mAh memperkasakan peranti yang menggunakan Android 7.1.1.

Kamera utama sebesar 24 (12+12)+5 Megapixel f/1.8 manakala kamera selfie pula sebesar 24-Megapixel (12+12) f/2.0. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Peranti ini dijual pada harga RMB 3398 (~RM 2175) sebuah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.