vivo X21 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2,299

Baru sahaja vivo V9 hadir ke pasaran tempatan, pada hari ini vivo dengan rasminya melancarkan satu lagi model tercanggih mereka di pasaran Malaysia yang membawakan pengimbas cap jari di permukaan skrin iaitu vivo X21.

vivo X21 mula diperkenalkan di acara MWC 2018. Selain dari pengimbas cap jari yang terletak di paparan skrin, ia turut membawakan penawaran spesifikasi lebih tinggi dari vivo. Dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 660, ia turut menyertakan RAM sebesar 6GB dan storan yang sebesar 128GB.

Bagi melengkapkan penawaran spesifikasi tinggi, vivo X21 turut menyertakan kamera utama 12MP + 5MP dengan teknologi Dual Pixel Sensor, kamera selfie 12MP, bateri berkapasiti 3,200 mAh, paparan skrin 6-inci 2280×1080, dan beroperasi menggunakan Android Oreo.

vivo X21 akan mula dijual pada 9 Jun 2018 di seluruh cawangan kedai rasmi vivo dan pengedar sah serta dijual menerusi pelan pascabayar Digi yang turut memberikan 60GB data selama setahun (5GB x 12 bulan).

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.