Vivo X60 dilancarkan di China pada Disember tahun lalu dengan cip Exynos 1080. Ia adalah cip yang digunakan oleh banyak peranti dan ikhlas kami sebenarnya teruja untuk melihat prestasinya apabila dilancarkan di Malaysia kelak. Namun begitu harapan kami tidak akan tercapai kerana X60 di Malaysia sah tidak akan menggunakan cip tersebut.

Sebaliknya di Malaysia, Vivo X60 akan menggunakan cip Snapdragon 870. Ini disahkan sendiri di laman acah peranti yang diterbitkan Vivo Malaysia. Ini akan menjadikannya peranti ketiga selepas Redmi K40 dan Xiaomi Mi 10S dilengkapi cip yang merupakan Snapdragon 865 yang ditambah baik.

Kami yakin ini ialah berita yang pastinya menggembirakan ramai kerana di Malaysia lebih ramai meminati cip siri Snapdragon berbanding Dimensity, Helio atau Exynos.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.