Vivo pada bulan Ogos 2017 lepas telah memperkenalkan sebuah peranti baru dinamakan sebagai Vivo Y69. Kini, peranti berkenaan turut telah mula dipasarkan di Malaysia, dan boleh didapati oleh pengguna tempatan pada harga RM999.

Vivo Y69

Vivo Y69 secara kasarnya adalah telefon pintar Vivo V5 Lite yang dipasarkan awal tahun ini. Membezakannya adalah versi sistem operasi, dimana Vivo Y69 hadir dengan Android 7.0.

Dari segi spesifikasi, ia adalah sama dengan Vivo V5 Lite, dimana telefon pintar ini hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD, cip MediaTek MT6750, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB.

Melengkapkan ia adalah kamera hadapan 16-megapixel f/2.0 dan juga kamera belakang 13-megapixel f/2.2. Vivo Y69 turut dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan ia daripada para pengedar tempatan pada harga RM999.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.