Vivo Y69 Malaysia

Vivo baru sahaja melancarkan smartphone pertengahan yang mengfokuskan kepada golongan yang gemar berselfie. Dinamakan sebagai vivo Y69 memiliki kamera selfie beresolusi tinggi iaitu 16 Megapixel dan pelbagai fungsi serta mod khas untuk selfie termasuk Face Beauty, Selfie Group dan sebagainya.

Peranti ini mula di perkenalkan di India dengan harga jualan INR 14,990 atau bersamaan dengan RM999 di Malaysia. Untuk pasaran diluar India akan menyusur tidak lama lagi.

vivo Y69 hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 720p. Untuk harga sekitar RM900, vivo mungkin perlu mempertimbangkan menggunakan skrin dengan resolusi yang lebih tinggi seperti HD1080p.

Di bahagian dalamnya, peranti pertengahan ini membawakan pemproses MediaTek MT6750 dengan CPU Octa-Core 1.5Ghz. Ia juga hadir dengan 32 GB memori dalaman dan 3 GB RAM. Slot microSD turut disediakan yang boleh dimuat sehingga 256 GB.

Vivo Y69 Malaysia

Untuk kamera, vivo Y69 menggunakan sensor tunggal untuk kamera utama dan juga kamera selfie. Kamera utamanya menggunakan sensor 13 Megapixel dengan Aperture F2.2, LED Flash dan juga perakam video HD1080p. Kamera selfie-nya juga dilengkapi dengan sensor 16 Megapixel, Aperture F2.0.

Peranti ini masih lagi belum berada di pasaran tempatan dan dijangka akan memasuki pasaran Malaysia dengan harga jualan sekitar RM999.

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.