Aplikasi video VLC adalah antara yang telah kami gunakan lebih sedekad lalu kerana sokongan Codec yang bagus dan antara pemain media yang paling mudah dilakukan. Semalam VLC 3.0.12 telah dilancarkan bagi menyokong komputer yang menggunakan cip Apple M1.

Selain itu sokongan yang lebih baik untuk sistem operasi Big Sur, memainkan cakera BluRay, membaiki masalah audio pada macOS, tampalan sekuriti dan GPU pada komputer Windows turut diberikan.

Dengan sokongan secara natif, VLC akan dapat beroperasi lebih lancar untuk memainkan video tanpa perlu menggunakan Rosetta 2. Ini dapat dirasai apabila memainkan video yang memerlukan pemproses besar seperti 8K misalnya. VLC 3.0.12 boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah.

Muat turun aplikasi VLC 3.0.12 untuk pelbagai sistem operasi

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.