Wan Hazmer: Pemikir yang Kreatif Dan Gila Adalah Penting Kepada Industri Kreatif Malaysia Yang Berkembang

Pada satu ketika, terdapat satu tanggapan yang menyatakan mereka yang ingin membuat permainan (video) adalah satu impian yang amat susah untuk dicapai, dan apa yang mereka lakukan untuk menghasilkan permainan video yang canggih dan berkelas-A adalah mustahil bagi warga Malaysia.

Tanggapan ini adalah jauh daripada keadaan yang sebenar, kerana alat-alat atau perisian-perisian bantuan untuk merekabentuk dan mencipta permainan video kini amat mudah untuk diperolehi, menurut Wan Hazmer daripada Metronomik.

“Terdapat pelbagai toolsets seperti Unreal Engine 4 dan enjin permainan Unity yang boleh diperolehi secara percuma walaupun terdapat beberapa had-had atau batas-batas yang tertentu.”

Bekas ketua perekabentuk permainan untuk Final Fantasy XV telah berbicara secara mendalam tentang bagaimana industri kreatif sebenarnya lebih memerlukan pemikir-pemikir yang kreatif yang sanggup mencuba kaedah-kaedah alternatif.

“Di Malaysia sekarang, terdapat satu tabiat yang kurang baik yang mana syarikat-syarikat cuba mendapatkan pelajar-pelajar (kolej / universiti) supaya dapat mencapai tahap mereka. Ini sepatutnya tidak boleh berlaku kerana para pelajar (kolej / universiti) untuk generasi yang akan datang seharusnya dapat menyaingi atau melebihi peringkat yang sedia ada. Saya berani berkata yang industri permainan video ini memerlukan orang-orang kreatif yang gila,” katanya.

Ini tidak bermaksud silibus yang diajar di sekolah, kolej atau universiti adalah lapuk atau tidak berguna, bagi pendapat beliau, tetapi ia lebih kepada mencipta atau memperkenalkan satu kaedah pembelajaran yang berlainan yang dapat mendorong pelajar-pelajar untuk mengamalkan pemikiran secara kreatif.

Antara sebab kenapa rancangan jangka panjang Wan Hazmer untuk mengadakan sekolah rendah dan menengahnya sendiri adalah dia melihat ramai pelajar hanya menyedari apa yang mereka ingin lakukan dalam kehidupan mereka apabila mereka mencapai peringkat kolej, yang mana pada peringkat ini sudah terlalu lambat.

Kredit Imej: FB Page Metromomik

Beliau menekankan bagaimana kesedaran mengenai pembangunan permainan video secara asasnya tidak diketahui secara umum. Pada beliau, permainan video tidak begitu diraikan di Malaysia untuk ia lebih dikenali oleh golongan yang tidak atau kurang berkecimpung dengan permainan video.

“Apabila kesedaran mengenai ini wujud, maka semakin ramai orang yang akan tertarik dan berminat untuk membuat atau membangun permainan video,” kata Wan Hazmer.

Sungguhpun acara Level Up 2018 ditonjolkan sebagai acaa yang hebat untuk golongan dan komuniti pembangunan permainan video serantau, ia masih merupakan acara korporat bersifatkan business-to-business (B2B). Wan Hazmer amat berhaap bahawa terdapat persidangan-persidangan permainan video yang lebih hebat atau acara-acara yang setaraf dengan acara Comic Fiesta yang mampu menarik pengunjung-pengunjung ke acara ini, walaupun bagi mereka yang tiada minat dalam permainan video.

Bagi beliau, waktu sekarang merupakan waktu yang paling ideal bagi mereka yang ingin berkecimpung dalam pembangunan permainan video. Malah, ia bukan sahaja mengenai teknologi, tetapi ia juga melibatkan jalan cerita yang mana seseorang itu hendak sampaikan dan pengalaman-pengalaman yang akan ditunjukkan. Cabarannya adalah bagaimana untuk menterjemahan idea-idea tersebut menjadi suatu permainan video.

“Walaupun di peringkat kupasan idea, ia boleh menjadi suatu proses yang sangat mencabar. Anda perlu kemahiran dan kraf yang tinggi kerana permainan video mempunyai strukturnya, dan ada juga perlu menetapkan hala tuju serta peraturan-peraturannya.”, kata beliau.

Beliau berkongsi pendapat bahawa pembangunan permainan video bukan sahaja melibatkan pencapaian teknikal, ia lebih bertumpu kepada bagaimana permainan video itu mampu menjadikan ia mirip pengalaman hidup yang sebenar. Setiap orang mempunyai cerita yang unik dan tersendiri yang hendak disampaikan, malah, sebagai contoh, seorang budak yang menetap di negeri Terengganu boleh merekacipta sesebuah permainan video berdasarkan pengalaman hidupnya.

Setelah pulang daripada Tokyo Game Show 2018, Wan Hazmer sedang mempromosi permainan video terbitan studionya, berjudul No Straight Roads, yang akan bakal berada di pasaran di awal tahun 2019.

Permainan video berasaskan musik untuk PlayStation 4 dan PC tertumpu kepada sebuah kumpulan rock indie yang bertanding dengan sebuah empayar musik electronic dance, dipaparkan dengan visual yang bergayakan kartun. Ia akan menggabungkan elemen-elemen aksi dan permainan berasaskan ritma (rhythm-based game) yang mengimbau pengalaman silam Wan Hazmer yang meminati permainan video berasaskan ritma.

Sumber Asal

sumber artikel : otakit.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.