Berita Menarik

Wanita mengalami Patah tulang tengkorak bahagian mata disebabkan menghembus Hingus

Pembaca : 11
0 0
1Shares

Seorang wanita berumur 36 tahun telah datang ke hospital kerana penglihatannya menjadi kabur disebabkan keretakan pada bahagian tengkorak yang memuatkan bebola mata(soket bebola mata)

Akan tetapi, punca kepada berlakunya keretakan itu adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka. Dan ia bukan suatu jenaka.

Ya, perbuatannya menghembus hingus telah menyebabkan tulang dibahagian soket matanya patah.

Menurut kes yang diterbitkan dalam British Medical Journal, tekanan yang terhasil disebabkan perbuatan menghembuskan hingus telah meretakkan tulang dibahagian mata kirinya dan menyebabkan sekeliling matanya menjadi bengkak dan pemandangannya menjadi kabur. Wanita tesebut juga telah mengalami ‘orbital emphysema’ satu keadaan dimana terdapat udara yang terperangkap di dalam tisu bahagian mata. Dan kes ini sangat jarang berlaku

Wanita ini menyatakan ketika dia kerja, dia telah menghembus hidungnya untuk mengeluarkan hingus. Ketika itu pandangan matanya menjadi kabur. 2 jam kemudian, wanita itu perasan yang bahagian mata kirinya membengkan dan mengalami pendarahan di melalui lubang hidung sebelah kirinya.

Wanita ini telah pergi ke Jabatan kecemasan kerana masalah tersebut dan keputusan CT-scan menunjukkan terdapat kepatahan tulang pada bahagian soket mata sebelah kiri. Ia merupakan tulang yang mengelilingi bahagian mata.

Dr Sam Myers iaitu doktor yang merawat wanita itu menyatakan bahawa tulang yang berada di kawasan tersebut adalah nipis dan boleh mengalami keretakan apabila mendapat pukulan tumpul seperti ditumbuk ataupun dipukul dengan kayu baseball. Dia menyatakan bahawa dia tidak pernah melihat kepatahan tulang dibahagian soket mata ini dengan sebab hanya menghembuskan hingus dari hidung.

Dr Meyers juga menyatakan bahawa ” Wanita ini mesti mempunyai risiko yang menyebabkan kawasan tulang yang terlibat menjadi rapuh. Dan didapati pesakit tersebut merokok 1 kotak rokok sehari”.

CT-scan wanita tersebut. Sumber: British Medical Journal

Perkara ini telah berlaku setahun yang lalu dan doktor yang merawat menyatakan bahawa keretakan pada tulang ini adalah suatu masalah yang mudah untuk dirawat. Patah yang berlaku tidak meninggalkan banyak serpihan kecil, oleh itu, ia tidak mendatangkan komplikasi yang teruk pada bahagian mata. Malah, penglihatannya telah pulih sepenuhnya tanpa melakukan apa-apa pembedahan. Akan tetapi pesakit masih merasakan sakit pada mata sebelah kirinya selama 30 minit hingga beberapa jam setiap hari.

Walaupun kejadian ini berlaku disebabkan perbuatan menghembus keluar hingus, kes ini adalah suatu yang jarang berlaku. Oleh itu, Jangan risau. Anda masih boleh menghembus keluar hingus anda seperti biasa.

Rujukan:

Myers S, Bell D. Orbital blowout fracture from nose blowing. BMJ Case Rep. 2018 Jun 28;2018. pii: bcr-2018-224633. doi: 10.1136/bcr-2018-224633.

sumber : rootofscience.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.