Waze Berkongsi Data Ramalan Kesesakan Jalan Ketika Balik Raya 2018

Dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang tiba hujung minggu ini, semestinya ramai yang membuat perancangan untuk balik ke kampung halaman. Tetapi saban tahun kesesakan jalan raya perlu direadah sebelum boleh bersama sanak saudara yang dirindui. Tetapi dengan aplikasi Waze, kesesakan ini mungkin dapat dielakkan sekiranya ramalan mereka digunakan.

Waze Raya 2018

Seperti tahun lalu, Waze berkongsi data ramalan kesesakan jalan raya mereka untuk tiga hari sebelum dan lima hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada hari Jumaat ini. Daripada apa yang dilihat, Waze meramalkan ramai yang menuju Kuala Terengganu adalah yang paling tinggi, diikuti oleh ke Kuala Muda, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan sekiranya anda balik ke kampung, Waze menyarankan anda tidak melakukan perjalanan pada hari Jumaat dan Sabtu. Pada dua hari ini kesesakan pada waktu tengah hari akan berlaku pada waktu petang.

Waze Raya 2018

Waze Raya 2018

Waze Raya 2018

Waze Raya 2018

Waze Raya 2018

Waze Raya 2018

Seperti biasa, ini sekadar ramalan awal sahaja. Waze turut mengingatkan pengguna supaya mengelakkan kawasan membeli belah, restoran, hotel, stesen minyak dan bank yang menjadi tumpuan sehingga berlaku kesesakan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.