Waze Kini Menyokong Paparan Kadar Tol Di Dalam Aplikasi

Aplikasi GPS seperti Waze mengurangkan kesesakan jalan raya kerana ia  bijak mencari jalan alternatif yang boleh digunakan. Tetapi kerap kali jalan alternatif yang disarankan adalah jalan bertol yang mungkin tidak biasa digunakan pemandu. Ini mungkin membuatkan pengguna mempunyai masalah kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi. Waze telahpun dikemaskini bagi memaparkan kadar bayaran tol di dalam aplikasi.

Kadar tol akan dipaparkan di bawah imej jalan raya sejurus selepas perkiraan laluan dilakukan. Dengan fungsi ini, pengguna tidak akan dikejutkan dengan bayaran tol yang mungkin tidak mampu dibayar. Buat masa ini fungsi paparan bayaran tol hanya disokong di Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu. Kami akan mengemaskini laporan ini sekiranya fungsi ini disokong di Malaysia. Sebagai penduduk Kuala Lumpur, paparan kadar bayaran tol adalah amat diperlukan pada kadar segera.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.