Western Digital dikenali sebagai sebuah jenama storan digital yang hadir dengan peranti storan dengan pelbagai saiz dan kapasiti untuk kegunaan yang berbeza. Ini termasuklah cakera keras untuk NAS, sistem CCTV, server dan sebagainya.

Terkini, syarikat tersebut baru sahaja mengumumkan ketibaan cakera keras WD Gold yang hadir dengan kapasiti storan sehingga 12TB untuk menyimpan data yang penting, seperti data pengguna, rekod-rekod perubatan dan sebagainya.

Menurut syarikat tersebut, cakera keras WD Gold ini dibina khusus untuk tugasan misi kritikal yang boleh digunakan dengan pelayan yang mempunyai kadar getaran yang tinggi. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai jangka hayat purata (Mean Time Before Failure) sebanyak 2.5 juta jam.

Seperti beberapa cakera keras yang dilancarkan oleh pihak Western Digital sebelum ini, ia juga menggunakan teknologi HelioSeal yang menggunakan gas helium untuk memastikan bahawa cakera-cakera keras ini boleh hadir dengan kapasiti dan prestasi yang tinggi.

Buat masa ini, pihak Western Digital Malaysia masih belum menyatakan jika cakera keras ini akan memasuki pasaran Malaysia, tetapi harga untuk sebuah cakera keras WD Gold 12TB ini dikatakan bernilai $521 dan akan hadir dengan waranti selama 5 tahun.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.