TechSemut Malaysia

Western Digital Hadir Dengan Cakera Keras WD Red, Red Pro Bersaiz 10TB

Western Digital Hadir Dengan Cakera Keras WD Red, Red Pro Bersaiz 10TB

Western Digital Hadir Dengan Cakera Keras WD Red, Red Pro Bersaiz 10TB
Mei 19
14:01 2017

Sebelum ini, Western Digital mengumumkan kehadiran cakera keras WD Purple untuk kegunaan sistem pengawasan. Terkini, mereka baru sahaja mengumumkan cakera keras 10TB WD Red dan WD Red Pro untuk digunakan bersama-sama peranti Network Attached Storage (NAS) untuk perniagaan bersaiz kecil dan juga profesional-profesional kreatif.

Kehadiran kedua-dua model cakera keras yang berbeza ini adalah kerana WD Red dan WD Red Pro ini digunakan dalam situasi yang sedikit berbeza. Menurut pihak Western Digital, cakera keras WD Red ini dibina khusus untuk peranti NAS yang mempunyai 4-8 slot, manakala WD Red PRO adalah untuk NAS yang mempunyai sehingga 16 slot.

Menurut Western Digital juga, kedua-dua model cakera keras ini menggunakan teknologi HelioSeal yang digunakan dalam cakera keras HGST Ultrastar He¹² mereka yang baru sahaja diumumkan tidak lama dahulu.

Apabila ditanya, pihak Western Digital juga berkata bahawa cakera keras WD Red dan Red Pro ini akan hadir di pasaran Malaysia pada bulan Julai nanti, dengan tanda harga mampu lihat RM2249 untuk WD Red, dan RM2449 untuk WD Red Pro. Kedua-dua cakera keras ini juga hadir dengan waranti selama lima tahun.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com