Berita Menarik

Western Digital Hadir Dengan SSD Mudah-Alih Tersendiri, My Passport SSD

Pembaca : 10
0 0

Western Digital merupakan salah satu syarikat yang tidak asing lagi dalam arena storan, termasuk penawaran storan mudah-alih. Terkini, mereka telah memperkenalkan penawaran terbaru mereka, iaitu sebuah SSD mudah-alih yang dinamakan mereka sebagai My Passport SSD.

My Passport SSD

My Passport SSD menyasarkan kepada pemindahan data dengan pantas, selain tidak merosakkan data akibat gegeran dan sebagainya. My Passport SSD hadir dengan sokongan USB-C dan juga USB-A, sesuai untuk komputer riba terkini atau sebelumnya. Disamping itu, sokongan penyulitan turut disertakan untuk memastikan data dalam storan mudah-alih berasaskan SSD ini kekal selamat dan tidak diceroboh pihak lain.

Western Digital menawarkan My Passport SSD ini dalam pilihan storan 256GB, 512GB dan juga 1TB. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah akan ditawarkan di Malaysia. Di Amerika Syarikat, My Passport SSD ditawarkan pada harga bermula $100 untuk model 256GB, iaitu sekitar RM443.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.