Berita Menarik

Western Digital Mengemaskini Peranti WD My Book Duo Dengan Pilihan Storan 20TB

Pembaca : 10
0 0

Jika anda memerlukan storan awanan peribadi untuk kegunaan pejabat kecil ataupun persendirian, pihak Western Digital baru sahaja mengemaskini peranti storan WD My Book Duo dengan pilihan storan baru.

WD My Book Duo kini hadir dengan pilihan storan bermula dari 4TB, 6TB, 8TB, 12TB, 16TB dan juga 20TB menggunakan cakera keras WD Red didalam konfigurasi RAID pada format NTFS.

Ia juga hadir dengan dua port USB 3.0 Type-A dan Type-C, manakala dari segi keselamatan, WD My Book Duo ini hadir dengan sokongan penyulitan 256-bit AES dan juga perisian WD Security.

Peranti-peranti WD My Book Duo yang dikemaskini ini sudahpun hadir di beberapa pasaran terpilih, dan bermula dari harga $259.99 untuk storan 4TB, sehinggalah $799.99 untuk pilihan storan bersaiz 20TB.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.