WeWork Equatorial Plaza Dilancarkan Dengan Ruang Kerja Terbesar Di Asia Tenggara

Baru-baru ini, WeWork secara rasminya telah melancarkan lokasi operasi terbaru mereka di Equatorial Plaza. Melalui lokasi baharu ini, WeWork menyasarkan untuk melaksanakan perubahan pada budaya kerja tempatan. Turut difahamkan pembukaan lokasi baharu ini adalah antara yang terbesar di Asia Tenggara. Di mana ia mampu menampung sehingga 1,900 pekerja.

Untuk makluman anda, WeWork adalah platform yang menyediakan ekosistem kerja yang merangkumi ruangan, komuniti dan perkhidmatan. Malah, WeWork membawa konsep ekosistem yang menghubungkan ekosistem pekerja melalui rekaan pintar untuk menjana kemajuan masyarakat dan pelbagai peluang menarik.

WeWork Equatorial Plaza juga mampu menampung beraneka jenis perniagaan, termasuklah sektor kreatif dan rekaan, perkhidmatan kewangan, syarikat teknologi pelaburan serta agensi pengiklanan dan pemasaran. Selain itu, pembukaan lokasi baharu ini juga memfokuskan kepada pemacuan inovasi pada pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pembukaan lokasi ini mencerminkan komitmen WeWork dalam memperluas operasi di Asia Tenggara yang menyaksikan perkembangan sehingga 19 lokasi dengan lebih 13,000 ahli di rantau ini dalam masa hanya setahun. Ia berusaha mengukuhkan rangkaiannya di Asia Tenggara yang kini merangkumi bandar-bandar lain termasuklah Bangkok, Ho Chi Minh, Jakarta, Manila dan Singapura.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.