WhatsApp Kini Memudahkan Anda Mengenal-Pasti Mesej Berantai

Salah satu masalah besar pada platform WhatsApp boleh dikatakan adalah masalah penyebaran mesej berantai. Kini, dalam usaha mengawal ia, WhatsApp telah mula melabelkan sesuatu mesej sekiranya ia di forward oleh rakan-rakan kepada anda.

Dengan langkah ini, WhatsApp dilihat ingin mengawal penyebaran mesej berantai – selain pada masa yang sama membolehkan sesuatu berita palsu atau info palsu tidak tersebar dengan meluas berbanding sebelum ini.

WhatsApp Forward

Menjadi masalah besar sejak akhir-akhir ini adalah penyebaran berita dan info palsu bukan sahaja melalui laman sosial, tetapi juga melalui perkhidmatan permesejan. Dengan adanya label ini, mungkin pengguna akan lebih berhati-hati sebelum ia dihantar kepada pengguna lain.

Label ini telah mula diperlihatkan kepada sejumlah pengguna bermula minggu ini, dan dijangka diperluaskan kepada semua secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.