Berita Menarik

WhatsApp Memperkenalkan Sokongan Perkongsian Lokasi Masa-Nyata

Pembaca : 11
0 0

WhatsApp sedia menawarkan sokongan perkongsian lokasi bersama rakan-rakan. Kini, selain daripada ciri perkongsian lokasi biasa, pihak WhatsApp hari ini mengumumkan sokongan perkongsian lokasi masa-nyata.

Melaluinya, pengguna boleh berkongsi lokasi semasa bersama rakan-rakan atau ahli terdekat mereka, dan WhatsApp akan mengemaskini lokasi semasa anda untuk diperlihatkan kepada siapa yang anda kongsikan untuk tempoh masa yang ditetapkan.

WhatsApp Live Location

Untuk berkongsi lokasi masa-nyata ini, anda hanya perlu memilih butang perkongsian “Location”, dan seterusnya memilih “Share Live Location”. Anda seterusnya boleh memilih untuk berkongsi lokasi semasa anda untuk suatu tempoh masa yang dipilih oleh anda.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna iPhone dan peranti Android bermula hari ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.