WhatsApp Mengesahkan Bakal Memaparkan Iklan Pada WhatsApp Status

WhatsApp sedia mempunyai ciri “Stories” mereka tersendiri pada aplikasi permesejan berkenaan – yang mana boleh dikatakan digunakan dengan lebih meluas berbanding Instagram Stories dan Facebook Stories. Terkini, dalam usaha menjana pendapatan melalui aplikasi permesejan berkenaan, pihak WhatsApp dilihat mengesahkan yang mana mereka akan mula memaparkan iklan pada WhatsApp Status.

WhatsApp Status

Paparan iklan berkenaan berkemungkinan berfungsi sama seperti Instagram Stories – dimana iklan dipaparkan antara satu WhatsApp Status ke yang lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan mula mengimplementasikannya. Memandangkan pihak mereka telah mula mengesahkannya, berkemungkinan kita akan mula melihat pengiklanan di WhatsApp Status dimulakan di beberapa buah negara tidak lama lagi.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan selesa dengan paparan iklan di WhatsApp Status, atau lebih sanggup bayar $1 setahun seperti yang pernah diuji WhatsApp beberapa tahun lepas sebelum pengambilan oleh pihak Facebook?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.