Ciri panggilan audio dan video pada WhatsApp bukanlah sesuatu yang baru. Akan tetapi, ciri-ciri ini sebelum ini hanya terhad kepada aplikasi di platform Android, iOS dan sebagainya, manakala WhatsApp untuk desktop hanya terhad kepada permesejan teks.

WhatsApp baru-baru ini telah mula memperkenalkan ciri-ciri tersebut untuk pengguna WhatsApp desktop melalui program beta. Ciri ini diperkenalkan kepada orang ramai secara berperingkat.

Panggilan audio dan video untuk aplikasi desktop ini terhad kepada individu sahaja, tetapi menurut pihak WhatsApp, ciri panggilan berkumpulan akan diperkenalkan di masa hadapan juga.

Menurut WhatsApp lagi, ciri panggilan ini akan diperkenalkan kepada lebih ramai pengguna secara berturutan, dan semua pengguna akan menerimanya dalam masa yang terdekat ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.