Windows 10 Kini Menjana Lebih 1 Bilion Peranti Aktif Seluruh Dunia

Ketika pelancaran Windows 10 pada tahun 2015 yang lepas, Microsoft mengumumkan mereka merancang untuk menjana lebih 1 bilion peranti seluruh dunia. Kini, selang hampir lima tahun sejak diperkenalkan, Microsoft secara rasminya mengumumkan yang mana kini Windows 10 menjana lebih 1 bilion peranti aktif seluruh dunia.

Windows 10

Windows 10 kini menjana sejumlah komputer dan tablet, selain tuurt digunakan dalam variasi untuk pelayan, peranti boleh-pakai, peranti realiti-maya, dan sebagainya. Malah, Microsoft turut telah emngumumkan Windows 10X baru-baru ini.

Dengan menjana lebih 1 bilion peranti aktif seluruh dunia, ia sekaligus memperlihatkan permintaan tinggi untuk sistem operasi Windows ini – sekaligus membuka ruangan untuk lebih ramai pembangun hadir dengan penawaran masing-masing untuk pengguna Windows.

Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan sistem operasi Windows 10?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*