


Windows 10 versi Teknikal review
hasnan Oktober 3, 2014 0 Sistem Pengoperasian , Windows
Pihak windows telah melancarkan windows 10 dalam minggu ini , techsemut telah mendapatkan versi teknikal review mereka untuk merasa dan melihat binaan windows 10 ini dengan lebih mendalam . Berikut adalah sedikit sebanyak makluman yang boleh dikongsikan oleh techsemut.
1. Pemasangan
Proses antaramuka pemasangan adalah sama seperti versi 8 , techsemuat mengunakan virtualbox dan set untuk pc windows 8.1 dan ianya berjalan seperti biasa .
Untuk versi preview ini anda perlu ada akaun microsoft (hotmail/live.com) jika tidak ada butang untuk mendaftar . Proses pemasangan adalah mengunakan visual dan kaedah windows 8 . Tiada perubahan di lihat dari segi proses pemasangan.
2. Confugurasi
Setelah selesai log in cloud , segala konfigurasi PC lama 8.1 akan di muat naik dan di pasang pada windows 10 anda. Di sebelah di paparkan configurasi cloud windows 8 yang secara sendiri di pasang dan buat semasa proses pemasangan.
3. Multy skrin
Panel banyak skrin telah diuji ,di mana windows 10 mampu mencipta lebih dari 4 skrin dalam satu masa . Namun terdapat beberapa aplikasi yang di cuba , tidak dapat dibuka pada skrin yang di aktifkan sebaliknya di buka pada skrin pertama . Aplikasi paint yang techsemut buka di skrin ke tiga namun ianya di buka di skrin ke 2 . Mungkin terdapat bug pada versi preview atau memang ianya berfungsi begitu pihak techsemut tak pasti . Untuk mengubah ke skrin secara pantas , pengguna hanya perlu menekan kekunci ALT-TAB pada papan kekunci . Em Macam techsemut pernah guna kekunci ini pada komputer linux techsemuat 5 tahun yang lalu .
4. Carian
Cari apa sahaja .. itulah boleh di katakan pada butang carian pada menu start windows 10 . lagaknya secah seperti enjin carian dan keputusan cadangan akan di paparkan . Carian ini di integrasikan bersama enjin carian keluaran micosoft iaitu bing.
5. Internet explorer
ie yang digunakan oleh versi preview ini masi lagi ie 11 . tiada apa-apa perubahan dari segi ini berbanding windows 8.1
Kesimpulan yang boleh techsemut katakan adalah untuk versi windows 10 ini , di lihat tiada lagi menu tepi kanan dan kiri skrin . Mungkin atas rungutan pengguna maka ianya di buang untuk versi 10 ini .
buat masa ini techsemut boleh katakan yang bersi ini adalah versi cantuman dari windows 7 dan 8 di mana tradisi windows dikekalkan di samping fungsi-fungsi windows 8 yang di masukan gabungan veris ini dan di tambah beberapa ciri multy skrin maka dikeluarkan windows 10 . Memandangkan pihak techsemut mengunakan vitualbox bagi membuat pengujian , maka kelebihan antaramuka apabila mengunakan grafik yang tinggi tidak dapat dihuraikan buat masa ini .
pada mereka yang ingin mencuba , boleh lah layari url di bawah untuk memuatnaik windows 10 ini .