Windows Terminal Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Windows Store

Microsoft telah memperkenalkan sebuah aplikasi baru memfokuskan command line beberapa minggu lepas, iaitu Windows Terminal. Selepas ditawarkan secara terhad kepada para pembangun melalui GitHub sebelum ini, hari ini pihak Microsoft turut telah mula menawarkannya kepada orang ramai melalui Windows Store.

Windows Terminal

Windows Terminal baru ini menyertakan sejumlah fungsi baru, termasuk sokongan tema berwarna, sokongan tab, kemudahan menyertakan emoji, dan beberapa fungsi baru lain. Ia juga turut menyertakan sokongan GPU Accelerated Text Rendering, selain memudahkan lagi proses pembangunan oleh para pembangun seluruh dunia.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Windows Terminal baru ini daripada Windows Store hari ini, dan mencubanya sendiri pada komputer Windows 10 anda.

Muat-Turun Windows Terminal

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.