WSJ : Apple Merancang Untuk Memperkenalkan Tiga Telefon Pada 2019 – Termasuk Satu Dengan Tri-Kamera

Apple pada tahun lepas telah memperkenalkan tiga telefon pintar baru, dan perkara sama dijangka diteruskan pada tahun ini. Menurut laporan WSJ hari ini, ia dikatakan Apple akan hadir dengan tiga telefon pintar – termasuk satu dengan skrin LCD, seperti iPhone XR.

Selain itu, Apple dilaporkan akan hadir dengan ciri kamera baru, termasuk menggunakan tiga kamera belakang pada versi paling premium, selain dua lagi model dijangka menggunakan dwi-kamera belakang.

Menurut sumber-sumber terdekat juga, ia dikatakan Apple akan menggunakan panel OLED sepenuhnya pada semua model iPhone menjelang 2020 kelak.

Seperti biasa, Apple tidak mengeluarkan komen rasmi berkaitan hal ini. Memandangkan ia masih pada peringkat awal tahun, maka terdapat kemungkinan yang mana perancangan ini akan berubah pada bulan-bulan akan datang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.