World Wrestling Entertainment (WWE) telah muncul dengan permainan video mudah alih untuk peranti pintar terbaharu dengan gabungan genre Puzzle dan RPG berjudul WWE Champions untuk peranti Android dan iOS.

Permainan video yang dibangunkan oleh Scopely ini menampilkan pelbagai bintang-bintang lagenda WWE yang popular seperti  The Rock, Stone Cold Steve Austin, Triple H, Mr.McMahon, John Cena, Big Show, Sting, Undertaker, Ultimate Warrior, Goldust, Goldberg, Kane dan ramai lagi.

Bagi anda yang mengemari genre permainan Puzzle dan juga RPG, boleh memuat-turun dan main permainan WWE Champions yang ditawarkan secara percuma di peranti Android dan iOS anda.

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.