Bagi penggemar sukan gusti, WWE Network ialah perkhidmatan penstriman yang menawarkan kandungan terbesar kerana WWE ialah syarikat yang cukup bersejarah. Ketika tempoh PKP, WWE Network menawarkan penstriman percuma untuk beberapa kandungan terhad. Hari ini mereka akhirnya mengumumkan penawaran versi percuma secara kekal dengan beberapa kandungan eksklusif.

Pelanggan versi percuma boleh menonton rancangan baharu minggu Raw Talk. episod terkini Mondy Night Raw, Friday Night SmackDown, NXT dan kandungan PPV lama terpilih. Untuk menonton WWE Network versi percuma ini pengguna hanya perlu mendaftar akaun tanpa perlu memasukkan maklumat kad kredit. Bagi mereka yang selama ini tidak mampu untuk melanggan WWE Network, anda dapat menonton secara percuma bermula hari ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.