TechSemut Malaysia

XBOX One Bakal Menyokong Pembantu Maya Google Assistant Dan Alexa

XBOX One Bakal Menyokong Pembantu Maya Google Assistant Dan Alexa

XBOX One Bakal Menyokong Pembantu Maya Google Assistant Dan Alexa
Jun 04
04:41 2018

XBOX One adalah konsol permainan daripada Microsoft. Sehingga kini, kawalan berasaskan suara untuk platform XBOX adalah Cortana. Walau bagaimanapun, Cortana pada XBOX mempunyai kawalan yang terhad dan hanya boleh digunakan dengan aksesori tambahan seperti Kinect ataupun set fon kepala – disebabkan itu Google Assistant dan Alexa bakal hadir pada konsol ini.

Disebabkan Microsoft tidak lagi menyokong Kinect, pengguna tidak lagi boleh akses Cortana. Dalam kemaskini sistem akan datang, Google Assistant dan Alexa akan hadir terus ke dalam sistem XBOX One. Menurut Windows Central, akan terdapat satu menu tetapan “Digital Assistants” dan akan terdapat tiga pilihan pembantu maya iaitu Cortana, Google Assistant dan Alexa. Selepas membuat pilihan, pengguna akan diarahkan untuk memasang aplikasi XBOX skills pada telefon pintar. Walau bagaimanapun, ciri/fungsi penuh pembantu maya ini masih lagi tidak jelas.

Selain itu, pembantu maya yang diaktifkan pada XBOX One ini boleh diselarikan dengan pembesar-pembesar suara pintar. Dengan itu, pengguna boleh  mengawal XBOX One mereka dengan pembantu maya pilihan dan kini ia lebih mudah kerana sudah boleh diselarikan dengan pembesar suara pintar sedia ada.

Jika anda adalah pemilik XBOX One dan pembesar suara pintar Amazon Echo atau Google Home Mini, nantikan kemaskini menarik ini tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com