Xiaomi turut terkenal dengan televisyen pintar mereka. Walaupun tidak dijual di Malaysia, tetapi ada sahaja penjual yang membawa masuk televisyen ini kerana harga yang mampu milik, spesifikasi menarik dan menyokong Android TV (bagi sesetengah model). Xiaomi juga ada televisyen premium yang dijual pada harga ribuan ringgit dan menyokong resolusi 8K.

Terkini, Xiaomi dilihat ingin hadir dengan model televisyen premium mewah dalam siri Master TV. Berdasarkan gambar acah yang dikongsi, Master TV Xiaomi ini akan menggunakan panel OLED, sokongan kadar segar semula 120Hz, ciri memfokuskan permainan video lain turut sedia terbina dan menggunakan sistem audio Dolby Atmos Audio. Buat masa ini tiada harga, variasi saiz yang didedahkan. Apa yang pasti adalah Xiaomi akan melancarkan untuk jualan di China pada 2 Julai ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.