Xiaomi Hadir Dengan Jaket Yang Tidak Perlu Dibasuh

Youpin adalah laman biayasama dari Xiaomi. Banyak produk pelik, unik dan menarik yang dibiayai. Terdapat juga produk yang dibiaya berjaya dijual di laman rasmi Xiaomi. Terbaru, Xiaomi hadir dengan jaket yang tidak perlu dibasuh.

Xiaomi bekerjasama dengan Uleemark untuk hasilkan jaket Uleemark Dupont. Menarik dengan jaket ini, ia dikatkan tidak perlu dibasuh selamanya. Kenapa? Kerana jaket ini diperbuat daripada kertas DuPont. Kertas DuPont secara asasnya adalah kain yang tidak ditenun yang mesra alam. Ia adalah gabungan kertas filem dan gentian. Fabrik ini kalis air, ringan dan juga tidak akan kotor. Bahan ini juga sesuai digunakan untuk kerja-kerja lasak seperti kejuruteraan, aeroangkasa dan pelbagai lagi.

Jaket Uleemark DuPont ini pula mampu bertahan dalam suhu dari -73 darjah sehingga 100 darjah celcius. Jaket ini turut mengandungi 90% bulu angsa, bahan kalis air tahap 4, kalis daripada kotoran susu, kopi, rempah ratus dan pelbagai lagi. Kotoran ini mudah dibuang dengan hanya mengelap dengan kain lembut. Jika pemilik jaket ini ingin membasuh, ia boleh dibasuh dengan cara cucian kering.

Jaket Uleemark DuPont ini dijual dengan harga RMB459 (~RM276) sahaja. Ia akan mula dijual pada 11 November kelak dan hadir dari saiz S sehingga XXL.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.