Berita Menarik

Xiaomi Hadir Dengan Paparan Pintar Tersendiri – Seolah TV Kecil Dengan Skrin 4-Inci

Pembaca : 18
0 0

Semalam Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Mi 9 Transparent Edition, Xiaomi Mi 9 dan juga Xiaomi Mi 9 SE. Selain daripada ketiga-tiga peranti Mi 9 ini, Xiaomi turut lancarkan satu produk peranti berhubung yang sama dengan beberapa pengeluar lain.

Lenovo, Google dan JBL telah pun hadir dengan paparan pintar tersendiri. Kini, Xiaomi mengikut jejak langkah mereka dengan hadir dengan paparan pintar mereka tersendiri. Ia mempunyai skrin 4-inci dan seperti mana-mana paparan pintar, peranti ini turut mempunyai pembesar suara terbina. Fokus paparan pintar Xiaomi ini adalah untuk mengawal perani berhubung lain.

Menurut Xiaomi, paparan pintar ini adalah seakan televisyen kecil dengan skrin 4-inci. Ini kerana, paparan pintar ini menyokong pemain muzik, boleh mainkan video dan banyak aplikasi boleh dipasang pada peranti ini. Terdapat lebih 500 skil yang boleh dikawal termasuk membuat panggilan telefon dan juga cast ke Xiaomi TV.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.