Xiaomi Lancar Pengecasan Tanpa Wayar 80W, Mengecas Penuh Bateri Dalam Masa 19 Minit

Pengecasan Tanpa Wayar 80W Xiaomi

Xiaomi baru sahaja mengumumkan teknologi pengecasan tanpa wayar 80W yang merupakan pengecasan tanpa wayar terpantas di dunia.

Menurut syarikat itu, teknologi tersebut mampu mengecas penuh bateri 4,000mAh hanya dalam masa 19 minit sahaja dan memerlukan masa sekitar 8 minit untuk 50% kapasiti bateri.

Untuk maklumat anda, sebelum ini Xiaomi telah memperkenalkan teknologi pengecasan tanpa wayar 50W yang kini digunakan pada model Xiaomi Mi 10 Ultra yang dilancarkan pada bulan Ogos lalu.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai peranti baru yang akan menggunakan teknologi tersebut. Xiaomi juga dikatakan sedang mengusahakan pengecasan pantas 100W yang mungkin akan diumumkan pada tahun hadapan.

Write a Comment

view all comments

*