Dua imej teaser telah dikongsi oleh pihak Xiaomi Malaysia menerusi laman Facebook mereka. Kedua-dua teaser ialah petunjuk paling jelas bahawa Xiaomi Mi 6 bakal dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Imej pertama ialah lensa kamera berkembar dengan menara berkembar Petronas.

 Imej kedua pula menunjukkan pemproses Snapdragon 835 dengan angka tiga tidak disertakan. Xiaomi Mi 6 dilancarkan pada April lalu dan dilengkapi skrin 5.15″ IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 835. memori sebesar 6 GB dan storan 64/128 GB. Sistem kamera berkembar 12+12 Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3350 mAh digunakan bagi membekalkan kuasa kepada peranti.

Peranti ini mempunyai badan diperbuat daripada kaca dan mengikut trend semasa tidak menyertakan bicu audio 3.5mm. Di China peranti ini dijual pada harga sekitar RM 1600. Pada pendapat anda apakah harga jualannya di Malaysia kelak?

Baca ulasan penuh peranti Xiaomi Mi 6

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.