Xiaomi Malaysi dan Singapura hari ini mengadakan acara khas pelancaran Mi 11. Tetapi, mereka bukan sahaja melancarkan peranti mercu yng ramai nanti-nantikan ini. Sebaliknya, turut melancarkan beberapa peranti berhubung mereka – iaitu barangan elektrik rumah pintar.

Antaranya adalah Mi Vacuum Cleaner G10, yang merupakan vakum nirwayar pintar dengan skrin terbina, kuasa 125,000 rmp, kuasa sedutan 150 udara watt, ketahanan selama 3.5 jam, dan boleh digunakan secara berterusan selama 65 minit dalam mod Eco. Xiaomi turut menawarkan dermaga pengecas untuk dilekat pada dinding.

Vakum ini juga boleh mengenalpasti permukaan seperti lantai licin atau dengan karpet. Tangki habuk turut boleh dicabut untuk mudah dibersihkan dan seperti biasa, banyak aksesori ditawarkan untuk kegunaan pembersihan dipelbagai kawasan.

Harga jualan di Malaysia adalah RM1099, yang mana bersaing dengan model permulaan Dyson dan banyak jenama lain lagi. Ia boleh dibeli di kedai fizikal Xiaomi, Lazada atau Shopee Rasmi Xiaomi Malaysia pada 13 Mac ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.