Xiaomi Malaysia sebelum ini telah pun melancarkan Redmi Note 9S untuk pasaran tempatan pada bulan Mac lepas. Kini, selain daripada Redmi Note 9S, pihak Xiaomi mengacah pengenalan satu lagi telefon pintar dibawah siri Redmi Note 9 untuk pasaran tempatan.

Redmi Note 9

Sebelum ini, Redmi Note 9S yang dilancarkan untuk Malaysia merupakan salah satu variasi Redmi Note 9 Pro yang ditawarkan di India. Dengan kehadiran gambar acah baru ini, ramai yang berharap agar variasi Redmi Note 9 Pro Max akan dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Buat masa ini, info lanjut berkenaan peranti yang bakal hadir ini tidak diketahui lagi. Seperti biasa, sama-sama kita ikuti perkembangan lanjut, dan nantikan apakah peranti dibawah siri Redmi Note 9 yang bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi. Xiaomi Malaysia menjadualkan pengenalan peranti baru ini pada 30 April kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.