Xiaomi Melancarkan Mi Bluetooth Collar Headphone Youth Edition

Selain daripada telefon pintar Xiaomi yang berspesifikasi tinggi yang dijual pada harga murah seperti Pocophone F1, Xiaomi turut mempunyai banyak pilihan aksesori audio seperti set fon kepala, set fon telinga dan pembesar suara. Baik dari jenis USB-C, sokongan pembatalan hingar atau juga khas untuk permainan video.

Kini, Xiaomi melancarkan Mi Bluetooth Collar Headphone Youth Edition. Ia adalah set fon telinga nirwayar yang mempunyai neckband untuk diletakkan di leher. Kenapa namanya terdapat ‘Youth Edition‘? Ini kerana collar headphone ini adalah versi kedua mereka. Ia hadir dengan pilihan warna yang terang dan mengambil perhatian, binaan yang sedikit lebih murah dan harga yang lebih murah berbanding versi asal.

Menurut Xiaomi, pengalaman audionya adalah standard dengan mana-mana set fon telinga bluetooth mereka. Cuma sasaran mereka kali ini adalah untuk pengguna yang berjiwa muda dan gilakan perhatian. Set fon telinga nirwayar ini dijual bermula hari ini pada harga RMB169 iaitu sekitar RM102. Sedikit lebih murah berbanding versi asal yang berharga RMB299 (~RM180)

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.